Cara Pembayaran

Setelah selesai membuat pembelian, kini tiba masanya untuk anda membuat pembayaran pula. Untuk pengetahuan anda, sistem kami menyokong pembayaran melalui semua bank tempatan. Manakala untuk market international, anda boleh gunakan Paypal, Google Checkout anda juga MoneyBookers.

Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara membuat pembayaran melalui bank tempatan dan juga PayPal. Untuk Google Checkout dan juga MoneyBookers, caranya adalah hampir sama dengan PayPal.

Pembayaran Melalui Bank Tempatan

Seperti yang anda dapat lihat dalam gambarajah dibawah, terdapat 4 langkah dalam membuat pembayaran ini. Langkah pertama adalah Shipping. Apa yang anda perlu buat adalah, isi maklumat shipping (penghantaran) seperti Nama, Alamat, No. Telefon dan sebagainya

Seterusnya, dalam bahagian Billing, pilih "Manual Bank Transfer" dan tandakan "tick" jika maklumat billing adalah sama dengan maklumat shipping yang anda isi sebelum ini.

Jika maklumat billing adalah berlainan, sila "untick" pada kotak yang disediakan dan isi maklumat billing

Kemudian, anda perlulah membuat pembayaran samada dalam bentuk bank deposit ataupun online transfer ke akaun bank yang dinyatakan. Anda juga akan menerima satu emel tentang maklumat pembayaran dan anda perlu menghantar bukti pembayaran menerusi emel tersebut.

Kini proses pembayaran telah tamat! Tahniah, anda baru sahaja selesai membuat pembelian & pembayaran secara online!

Pembayaran Melalui Paypal

Jika anda memilih untuk membayar dengan menggunakan PayPal, sila pilih Paypal pada langkah "Billing" (rujuk gambarajah dibawah)

Seterusnya, anda akan dibawa ke laman web PayPal untuk meneruskan pembayaran anda. Pembayaran menggunakan PayPal lebih mudah kerana ia tidak memerlukan anda menghantar bukti pembayaran.

Lihat kembali tutorial Cara Pembelian