Cara Pembelian

Tutorial ini menunjukkan cara-cara untuk membuat pembelian dengan sistem NiagaKit. Di bahagian menu, pilih link "Shop" seperti yang ditunjukkan di dalam gambarajah di bawah :

Anda akan dapat melihat bahagian yang barnama "Produk" disebelah kanan. Bahagian ini merupakan kategori dan sub-kategori untuk setiap produk yang ada dalam kedai online. Untuk tujuan demonstrasi, saya memilih kategori "Wanita" dan sub-kategori "Athletic"

Kemudian, muncul satu page yang memaparkan senarai produk-produk yang terkandung dalam kategori Wanita > Athletic. Untuk melihat detail setiap produk, anda hanya perlu klik pada gambar produk tersebut. Dalam contoh ini, saya memilih produk yang bernama "WA008 - Osiris Women's Serve Icon"

Anda akan dapat lihat satu page khas untuk produk "WA008 - Osiris Women's Serve Icon".

Anda boleh melihat deskripsi untuk produk ini dan juga gambar-gambar pada sudut yang lain (rujuk gambarajah di bawah)

Untuk membeli produk ini, Tentukan saiz, warna dan kuantiti yang anda inginkan. Kemudian klik butang "Masukkan ke MyCart"

Selepas itu, anda akan dapati bahagian MyCart telah dikemaskini dengan data baru seperti yang ditunjukkan dibawah.

Untuk melihat kandungan cart anda, klik "View Shopping Cart"

Untuk selesaikan order anda, klik "Complete Order"

Untuk kosongkan kembali cart anda, klik "Empty Shopping Cart"

Kini anda telah faham tentang cara-cara membuat pembelian, klik disini untuk membaca cara-cara membuat Cara Pembayaran pula.