Tentang Kami di Muslimah Dolls
Muslimah Dolls mula diperkenalkan dan berada dipasaran internet pada 11 November 2007. Diam tak diam sudah hampir setahun ianya dipasaran. Diperingkat awal dulu, ianya merupakan projek JV Wanita Niaga dimana ianya diterajui oleh 3 sahabat maya iaitu Lynn, Pea dan Dila. Diatas usaha kami bertiga Muslimah Dolls telah mulai dikenali di persada maya dengan jualan yang meningkat dari masa ke semasa. Syukur alhamdulilah. Siapa sangka pasarannya telah pergi hingga ke Jerman dan Arab Saudi selain di Singapura dan juga Brunei.
Namun kini Muslimah Dolls telah diterajui sepenuhnya oleh Lynn atau nama penuhnya Pn Norazlina Ramdzan. Beliau menjalankan perniagaan ini sepenuh masa disamping perniagaan internetnya yang lain.
Di MuslimahDolls, kami menawarkan pilihan anak patung bertudung yang pertama di Malaysia. Ianya di import terus dari pemilik/pencipta anak patung tersebut. Muslim Dolls terdiri daripada Arrosa (wujud semenjak 2005) dan Salma (2007) yang amat cantik dan halus pembuatannya. Pelbagai pilihan corak baju samada tradisional, elegan, jubah, blouse dan dress.
Arrosa dan Salma begitu sesuai untuk dijadikan sebagai teman setia anak-anak anda ke mana sahaja. Secara tidak langsung anak-anak anda akan terdedah kepada pemakaian bertudung sejak kecil lagi.